Di ambang #KL112 yang juga bermaksud Himpunan Kebangkitan Rakyat pada
12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, kaji selidik Merdeka Center
menunjukkan bahawa populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
menurun dua peratus.
Dalam konteks Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan paling lemah setelah memegang tampuk pemerintahan sebagai kerajaan persekutuan semenjak merdeka (baca: Perikatan) dan semenjak penubuhan Malaysia pada 1963, komponen-komponen parti BN termasuk parti politik yang dominan selama ini yang bergelar UMNO, mengharapkan populariti Pengerusi UMNO-BN Najib dapat diterjemahkan sebagai sokongan undi kepada UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13) yang akan diadakan dalam tempoh seratus hari. Namun begitu, hakikat bahawa Najib merupakan seorang pemimpin politik yang penuh kontroversi dan senantiasa berdiam diri apabila pentadbirannya dilandai pelbagai isu kontroversi, nampaknya merisaukan kumpulan tertentu dalam UMNO yang semakin hari semakin kehilangan keyakinan untuk memenangi PRU-13.
Tanggal 3 April 2009, Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri yang ke-6 selepas Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan majoriti dua pertiga dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008. Pada awal tempoh Najib sebagai Perdana Menteri, beliau cuba menonjolkan diri sebagai “Bapa Tranformasi”, dengan memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MBE), Gagasan 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GDP) dan Program Transformasi Ekonomi (EDP) untuk menunjukkan keazaman dan semangat bagi mentransformasikan struktur ekonomi daripada negara berpendapatan menengah ke sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Beliau juga mengumumkan sambungan pemberian subsidi dengan mengurangkan subsidi bahan api, tepung, gula dan petrol.
Pengumuman beliau membawa kepada bebanan berterusan yang ditanggung oleh rakyat akar umbi. Hampir semua harga barangan melambung tinggi dalam masa yang singkat sementara harga gula dinaikan sebanyak 20 sen daripada RM1.45 (2008) kepada RM1.65 (2009) di Semenanjung Malaysia.[1] Tindakan pentadbiran Najib dikritik mengabaikan kepentingan rakyat kerana kadar kenaikan gaji dan pendapatan boleh guna rakyat gagal untuk menyaingi kadar kenaikan harga barangan.
Najib menerangkan rasionalisasi subsidi adalah bertujuan bagi mengelakkan negara bankrap pada masa hadapan, tetapi pada masa yang sama, Najib mengekalkan subsidi kepada syarikat-syarkat kroni.
Ekoran PRU-13 semakin hampir, Najib mengubah retorik mengenai falsafah transformasinya bahkan banyak daripada program yang dirancang oleh beliau tidak dilaksanakan sepenuhnya atau tidak berada di landasan betul dan hampir selalunya berhenti di pertengahan jalan. Beliau yang menyatakan negara akan bankrap jika pemberian subsidisi diteruskan kepada rakyat kini mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 dan seumpamanya untuk menyelamatkan diri dan UMNO-BN daripada kegagalan apabila PRU-13 diadakan nanti.
Melihat kembali perkembangan semenjak Najib menjadi Perdana Menteri, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah meninjau kembali dan menyenaraikan sepuluh isu kontroversi yang mencorakkan kelemahan Najib sebagai seorang Perdana Menteri:

Jadual 1: Sepuluh Isu Kontroversi Sepanjang Najib sebagai Perdana Menteri
Read More / Baca Lagi >>