Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

HKR #KL112 : Bagaimana dan apa wanita fikirkan?

$
0
0
Oleh Lanh
MENURUT satu mitos Greek, lelaki dikatakan berasal dari planet berlainan daripada perempuan.‘Men are from Mars, women are from Venus’ (Lelaki dari planet Marikh, perempuan adalah dari Zuhrah. Namun ia hanya mitos, tiada kebenaran.

Berdasarkan berlainan pemikiran lelaki dan perempuan, hampir tidak pernah saya mencelotehkan hal-hal berkaitan perempuan dalam ruangan ini. Bukan apa, bimbang tersilap, nanti habis orang perempuan membelasah saya. Namun menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu, 12 Januari ini saya terpanggil untuk mencelotehkan sekelumit apa yang wanita perlu lakukan berdasarkan apa yang saya lihat semasa perhimpunan Bersih, membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedikit masa dulu.
Lebih-lebih lagi baru-baru ini saya menerima satu e-mel daripada seorang peminat wanita yang menggelar dirinya Puan Radix yang antara lain menulis:
“Salam Sejahtera! Saya selalu mengikuti tulisan Saudara. Walau di mana kita pergi dan berada, keadaan di tempat itu membuatkan kita terfikir dan berfikir.
Saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana orang kita (wanita) berfikir. Baru-baru ini atas sesuatu keperluan saya terserempak dengan seorang pengawal keselamatan wanita. Dia bertugas di sebuah kuarters guru. Sebelum ini pun saya memang dah kenal dengannya (lebih kurang 10 tahun).
Dalam menunggu sahabat yang dalam perjalanan dan berjanji jumpa depan kuarters tersebut, kami berbual santai pasal Bantuan Rakyat 1-Malaysia (BR1M). Saya kata kita ambil sebab itu duit kita. Dia jawab dengan bertanya; “bukanlah kerajaan nak ringankan beban rakyat sebab harga barang naik?”
Saya akui saya bukannya bijak kalau nak berhujah... Kita bayar cukai macam-macam. Duit itu masuk kat LHDN, pi ke Perbendaharaan. Terus ke Kementerian Kewangan. Setiap tahun PM akan bentang Bajet. Peruntukan untuk Kementerian A sekian-sekian bilion ringgit. Peruntukan Kementerian B sekian-sekian bilion ringgit. Malaslah nak hurai kat ‘mak gad’ ni...
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913