

Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.
Penganjur menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan bermula pada jam 2 petang.
LAPORAN LANGSUNG
5pm: Anggota sekretariat penganjur Hishamuddin Rais mendakwa perhimpunan hari ini berjaya mengumpulkan 500,000 orang.

Para peserta menyanyikan lagi Negaraku sebelum bersurai.
4.43pm: Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin bacaan doa bagi mengakhiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.
4.38pm: MP PKR Datuk Saifuddin Nasution mengetuai bacaan Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diikuti para peserta di dalam stadium.

Ia juga menyenaraikan tuntutan untuk bayaran 20% royalti minyak, serta menjamin masa depan penjawat awam.
Selain itu, ia menggariskan tuntutan untuk alam sekitar yang bersih dan siihat, memperkukuh bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda, membebaskan tahanan politik, menyelamatkan kampung warisan dan kampung tradisi, dan juga meningkatkan kualiti hidup golongan wanita.
4.20pm: Ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mendakwa jumlah peserta perhimpunan pada hari ini dianggarkan antara 40,000 hingga 45,000 orang.
Jumlah itu berkurangan hampir separuh daripada anggaran sebelumnya, sebanyak 80,000 yang diumumkan PDRM di Twitter.
Read More / Baca Lagi >>