Saya masih mahu menulis tentang
Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya
menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar Stadium bersejarah
itu. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan kepada sahabat saya Hj Mohamad
Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan
himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.
Tidak juga lengkap jika kita
tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan
itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan
jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan
pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia
sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari
dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa. .
Saya juga mengucapkan syabas
kepada PAS kerana mempunyai unit amal yang sangat berkesan untuk menjaga
keselamatan peserta perhimpunan kerana memang di ketahui umum. PAS adalah parti
yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina unit amalnya yang bekerja
dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu
berlaku dengan lancar.
Read More / Baca Lagi >>