Semasa Himpunan Kebangkitan
Rakyat sedang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lepas Najib juga mengadakan
himpunan di Rinching dengan kaum India
dan masyarakat lain dengan membekalkan beras lima kg seorang. Dua perhimpunan ini menampakkan
perbezaan dan perbezaan itu menampakkan jauhnya perselisihan ‘mentaliti’ dua
puak yang berjuang dalam politik.
Di Stadium Merdeka, ratusan ribu
rakyat berhimpun dengan bersama-sama berbelanja untuk membayar bil perhimpunan
itu termasuk pembayaran sewaan Stadium Merdeka yang berjumlah RM100 ribu kepada
syarikat pengendali stadium bersejarah itu. Sokongan ramai dengan bersama-sama
menanggung kos perhimpunan itu oleh peserta perhimpunan itu mengingatkan kita
kepada keadaan semasa rakyat bersama-sama menderma untuk perbelanjaan rombongan
pimpinan kita ke London
untuk menyempurnakan tuntutan itu. Rakyat yang serius mahukan perubahan telah
memberikan sumbangan wang ringgit dan barang kemas untuk mengumpulkan
perbelanjaan untuk mendapatkan kerajaan sendiri dan terhindar dari tekanan dan
cengkaman penjajah.
Rakyat khabarnya memberikan derma
mengikut kemampuan masing-masing. Kalau tidak banyak mereka akan menderma
sedikit. Kata perpatah, ‘kalau banyak tanda berada, jika sedikit tanda bersama’.
Yang penting semua yang berkemampuan memberikan sumbangan untuk mencapai
matlamat perjuangan sesebuah pertubuhan siasah untuk memerdekakan rakyat dan
negara dari cengkaman pemerintah yang selalu mengelirukan pemikiran rakyat.
Rakyat sedar nilai-nilai buruk dalam ‘mentaliti’ rakyat keseluruhan mesti di
perbaiki.
Read More / Baca Lagi >>