IPOH:
PAS Perak mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur Himpunan
Kebangkitan Rakyat (HKR) atas kejayaan kelangsungan program tersebut.
Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, ianya bukan sahaja berjaya dari segi kehadiran ratusan ribu peserta malah merupakan perhimpunan yang murni daripada rakyat tanpa sebarang kekecohan.
Katanya, perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana inilah realiti yang sebenar apabila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.
“Ini jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR oleh pihak yang menganggap ianya akan menjejaskan keamanan dapat dinafikan.
"Himpunan ini juga telah melakarkan sejarah yang sangat penting untuk negara ini,” katanya.
Abu Bakar (gambar) menjelaskan, kerajaan jangan memandang serong suara ratusan ribu rakyat ini dan perlu menghormati serta melaksanakan tuntutan yang dibuat .
“Kami mengharapkan perubahan murni di atas kejayaan rakyat dalam HKR ini adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada PRU13,” tegasnya.