Mahmoud Mustafa Ayoub IPOH - Profesor Pengajian Islam dan Perbandingan Agama Universiti Temple Amerika Syarikat, Professor Mahmoud Mustafa Ayoub menegaskan penggunaan perkataan Tuhan adalah lebih bertepatan bagi penerbitan kitab Bible dalam Bahasa Melayu berbanding kalimah ALLAH.

Beliau menjelaskan, perkataan Tuhan lebih sesuai kerana kalimah ALLAH itu sendiri bukan berasal daripada perkataan dalam Bahasa Melayu.

"Bagaimana hendak guna kalimah ALLAH sedangkan ia sendiri bukan perkataan daripada Bahasa Melayu. Maka penggunaan nama Tuhan adalah lebih sesuai," tegasnya.

Dalam pada itu, ketika mengulas berkenaan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh kalangan bukan Islam yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang ini, Mahmoud Mustafa berkata, ALLAH adalah Tuhan bagi seluruh alam.

"ALLAH bukan hanya Tuhan untuk Muslim. ALLAH adalah Tuhan untuk semua.

"Kalimah ALLAH sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud Tuhan," Jelas beliau ketika ditemui selepas sesi Wacana Intelek Institut Darul Ridzuan (IDR) bersama Profesor Dr Mahmoud Mustafa Ayoub di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Katanya, kalimah ALLAH juga disebut dengan pelbagai nama lain antaranya God di Jerman, Huda Hafiz di Pakistan.