
Setiausaha Agongnya Khairul Anuar Abdul Manap berkata, tindakan presiden tersebut yang seolah-olah tidak mahu melayani pertanyaan pelajar tentang perhimpunan Bersih dan isu pendidikan percuma tidak wajar.
Menurutnya, sikap tersebut nyata mengejutkan mahasiswa yang hadir pada forum berkenaan.
“Tindakan tersebut memalukan dan kita berharap supaya beliau segera memohon maaf kepada mahasiswa yang hadir pada forum malam tersebut,” katanya.
Tambahnya, PKPIM memandang serius apa yang telah dilakukan malah sepatutnya forum tersebut menjadi ruang untuk pelajar menerima jawapan secara terbuka dari ahli panel.