KUALA LUMPUR, 15 JAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak
melayan pelajar universiti di negara ini seperti “budak sekolah
menengah”melalui program “brain-washing” di semua Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA).
Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San, berkata kerajaan perlu bersikap profesional, memberi penghormatan, kebebasan dan hak kepada pelajar universiti untuk menyampaikan pandangan merekai.
Kenyataan ini didedah satu video klip panas Youtube yang berlegar di ruang maya memaparkan pertengkaran antara seorang mahasiswa jurusan Undang-undang tahun kedua Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan seorang panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum yang diadakan pada 8 Disember 2012 lalu.
Lau berkata, forum itu bertukar panas apabila menjadi medan politik kerana panelis mencemar nama beberapa tokoh pemimpin Bersih seperti Datuk S. Ambiga dan Datuk A. Samad Said.
“Panelis Sharifah Zohra Jabeen bertukar menjadi seorang yang cuba memaksa pelajar universiti di bawah pentas untuk menerima pandangannya secara unilateral.
“Cara ditunjuk Sharifah Zohra Jabeen itu adalah autokratik dan merupakan satu pencabulan hak terhadap pelajar universiti dalam menyampaikan pendapat mereka dengan bebas,” ujar beliau.
Read More / Baca Lagi >>