Oleh Syukri Razab
Hampir semua aktivis sosial akur bahawa Kerajaan Barisan Nasional perlu direhatkan untuk bermuhasabah. Setelah 55 tahun merdeka, Barisan Nasional kelihatan semakin buntu untuk membawa Negara ke arah yang lebih baik. Saya kira rakyat juga faham tentang hakikat ini. Biarpun media arus perdana cuba menyembunyikan segala pekung yang berlaku dalam pemerintahan BN, namun busuknya sudah terkeluar sehingga rakyat juga boleh menghidu bahawa Malaysia sedang direndung musibah.
Namun terlalu zalim untuk saya katakan yang BN tidak akan berubah dan perlu dikuburkan. Kerana belum tentu Pakatan Rakyat sebagai future government akan kekal sebagai kerajaan pro rakyat dan boleh jadi BN akan jadi lebih mesra rakyat selepas bergelar pembangkang. Memetik ucapan tersohor Abraham Lincoln, “All man can stand the adversity, but if you want to test a man’s character, give him power”. Saya terpanggil untuk mengulas mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang disifatkan oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah himpunan yang berjaya. Sekiranya ditanya kepada saya apakah KL112 berjaya, saya akan menjawab, KL112 hanya separuh berjaya. KL112 berjaya menunjukkan kebangkitan rakyat yang muak dengan sandiwara pemerintah. Tetapi KL112 kurang berjaya dalam memperlihatkan future government yang benar-benar bersedia.
Peluang menghimpunkan lebih 100,000 rakyat seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan masa depan. Rakyat yang hadir sepatutnya dibekalkan dengan persediaan yang cukup untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum dan Kerajaan baru selepas PRU ke 13. Dua elemen ini saya kira sepatutnya menjadi fokus utama HKR 112.
Read More / Baca Lagi >>