Mahkamah
Agung Pakistan telah mengarahkan penangkapan Raja Pervez Ashraf,
Perdana Menteri Pakistan, berkaitan dengan kes rasuah, lapor pegawai
kerajaan.
Mahkamah memerintahkan penangkapan Ashraf pagi Selasa lalu, dalam kes yang berkaitan dengan kontrak pembelian loji janakuasa oleh kerajaan persekutuan ketika Ashraf menjawat jawatan Menteri Air dan Tenaga.
Ashraf, dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Air dan Tenaga, "melanggar prinsip ketelusan, maka, penglibatan [beliau] dalam mendapat faedah kewangan yang sama dengan terlibat dalam rasuah tidak boleh ditolak", baca perintah mahkamah tersebut.
Mahkamah Agung mengarahkan penangkapan 16 orang, termasuk Ashraf, dan mengarahkan pihak berkuasa membawa beliau ke mahkamah Khamis ini, ujar Aamir Abbas, peguam Biro Akauntabiliti Negara (NAB).
"Ketua Hakim Negara mengarahkan bahawa semua pihak yang terlibat, tanpa mengira pangkat, yang telah diarahkan untuk ditangkap supaya ditahan dan jika mereka meninggalkan negara ini, maka pengerusi kepada NAB akan bertanggungjawab beserta dengan pasukan penyiasat beliau, "Abbas berkata.
Fawad Chaudhry, penasihat kepada PM, mengutuk perintah mahkamah tersebut dan menyifatkannya sebagai "tidak mematuhi perlembagaan".