Najib Razak tampaknya cuba hendak menunjukkan baik dengan
pembangkang dan dalam masa sama untuk melembutkan hati rakyat apabila
beliau mengucapkan terima kasih kepada para peserta Himpunan Kebangkitan
Rakyat (HKR) Sabtu lalu kerana himpunan itu berlangsung dalam keadaan
aman dan tidak menimbulkan sebarang kekalutan dan kekacauan seperti
sebelum ini.
Kata Najib, dia ucap terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya
berhimpun secara baik, walaupun tegasnya dia tidak bersetuju dengan
Pakatan Rakyat. Ucapan terima kasih Najib itu disambut dengan rasa
senang hati oleh setiap peserta himpunan dan juga orang ramai yang
bersimpati dengan Pakatan Rakyat.
Sejak lebih 10 tahun lalu 'ini kalilah' perdana menteri mengucap terima kasih kepada pembangkang. Cara itu terima kasih itu menunjukkan Najib setidak-tidak ada sedikit telor masak merah. Begitu pun beliau tetap 'bermukah kata' dengan mengatakan kejayaan himpunan itu adalah kerana kejayaan polis kawal keselamnatan.
Pujian terhadap polis itu menjadi pesimis kepada mereka yang menyertai himpunan. Apa yang boleh lakukan pada hari itu, dari bentuk mana kawalan dilakukan polis? Sekali lagi Najib mendapat gambaran serong mengenai peranan polis. Apakah sebuah halikeptor yang berlegar-legar di langit stadium hari itu adalah pasukan polis yang membuat kawalan agar hujan tidak turun?
Walhal yang patut dikalungkan ucapan terima kasih dan syabas di atas kejayaan himpunan itu adalah rakyat dulu (PR) sebelum berterima kasih kepada polis.
Najib perlu memahami faktor utama kejayaan himpunan - tidak kecoh dan berlaku sebarang kekecauan ianya adalah kerana sifat profesional seluruh penyokong Pakatan Rakyat. Selama ini kenapa himpunan menjadi tegang, kecoh dan bagaikan perang ialah kerana sikap polis yang terlalu gila mempertahankan kerajaan UBN atas keyakinan dengan cara itu sajalah rakyat boleh dihambat dan dihalang.
Read More / Baca Lagi >>
Yang duduk di kaki lima itu adalah SB. |