Isunya ialah bagaimana pemikiran para pencacai Najib/Rosmah dan Umno
berkaitan Himpunan Kebangkitan Rakyat di KL112 mengatakan yang
perhimpunan itu adalah untuk mengulingkan kerajaan korup BN. Apa para
pencacai ini ingat HKR112 diadakan kerana nak sokong kerajaan ker, nama
pun Kebangkitan Rakyat. Memang perhimpunan ini nak gulingkan kerajaan
kerana rakyat sudah naik meluat dengan segala penyalahgunaan harta dan
kuasa seperti ia milik mak bapak mereka.
Berapa jumlah peserta bukan menjadi soal kerana semua pihak mengakui
yang perhimpunan ini berjaya walau pun angkanya tidak mencecah 1 juta.
Jika 10 peratus kehadiran pun dah dikira sebagai berjaya kerana rakyat
yang datang bukan dibayar RM50, bas percuma, penginapan 5 bintang, makan
tanggung atau diberi hamper untuk dibawa pulang. Mereka datang dengan
belanja sendiri tanpa surat perkeliling, malah dengan ikhlas menderma
wang tunai atau barang kemas demi perjuangan untuk menumbangkan kerajaan
yang sedang memerintah.
Inilah pertama kali dalam sejarah lautan manusia membanjiri ibukota
dengan penuh aman apabila tiada provokasi dari pihak yang tidak
bertanggungjawab. Kerana kejayaan inilah yang membuatkan para pemimpin
Umno/BN, Mahathir, Najib/Rosmah dan para pencacai tahap celaka tidak
senang duduk. Mereka sedar yang kuasa yang mereka miliki selama 55 tahun
akan berkubur pada PRU13 nanti. Rakyat Malaysia sudah matang dalam
berpolitik dan pasti akan mengulingkan kerajaan melalui demokrasi dan
mereka tidak akan melakukan sepertimana Arab Spring kerana rakyat masih
percaya kepada demokrasi walau pun ia sentiasa dimanipulasikan oleh
Umno/BN dan SPR. Kenyataan Sekretariat HKR112 boleh dibaca dibawah...
Read More / Baca Lagi >>