Biro pendidikan Pemuda MCA dan Gerakan turut tampil mengecam layanan
penalis Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap pelajar
undang-undang, KS Bawani dalam sebuah forum di Universiti Utara Malaysia
(UUM) pada 8 Disember lalu.
Ketua biro pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata ia tidak sepatutnya berlaku dan mengingatkan penalis tersebut bahawa pelajar universiti hari ini tidak lagi seperti "Katak di bawah Tempurung".
Sebaliknya, tegas Chong, pelajar universiti mampu untuk berfikir
secara kritis mengenai isu-isu semasa dan adalah hak mereka untuk mempunyai pandangan dan pendirian mereka sendiri.
Dalam satu kenyataan, Chong berkata, Bawani menunjukkan keberanian dan tidak mencelah ketika berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pelakuan dan sikap meninggi diri Sharifah.
Sementara itu, ketua biro pendidikan Gerakan, Thor Teong Gee menggesa universiti awam supaya menyaring secara terperinci penalis yang akan dipanggil bercakap di forum dan persidangan anjuran mereka.
Jika tiada calon yang sesuai, kata Thor, maka jangan adakan langsung forum