Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Bagi pengundi baru Melayu, kedudukan mereka tidak terancam

$
0
0
KUALA LUMPUR, 18 Jan — Kajian terbaru menunjukkan golongan ekstrimis Melayu berkemungkinan tidak mendapat sokongan daripada pengundi muda kaum tersebut.
Hampir separuh pengundi kali pertama pertama Melayu yang ditinjau di semenanjung Malaysia tidak lagi dipengaruhi dengan kenyataan bahawa kedudukan istimewa orang-orang Melayu terancam disebabkan oleh tuntutan daripada kaum lain, menurut kajian terbaru Merdeka Center yang bertajuk “Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama” yang berjalan pada November hingga Disember 2012.
Dari 561 orang Melayu yang ditinjau, 49 peratus percaya dakwaan tersebut hanya dimainkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Walau bagaimanapun, tiga perempat dari responden Melayu masih lagi belum bersedia untuk menerima di perintah oleh kaum lain berbanding tujuh daripada 10 kaum Cina dan empat daripada 10 kaum India.
Badan tinjauan bebas itu membuat tinjauan terhadap 826 pengundi kali pertama di Malaysia berumur 21 tahun keatas.
Lebih 80 peratus daripada Melayu lebih tua — diatas 40 dan merupakan pengundi kali pertama — merasakan bukan Melayu bukanlah yang terbaik untuk mewakili kepentingan mereka.
Sentimen ini lebih kuat pada pengundi lelaki berbanding perempuan secara umumnya termasuk golongan pencen, pelajar, pengganggur dan pembuat rumah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913