Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Projek IC: KEADILAN gesa Mahathir disiasat

$
0
0
KUALA LUMPUR 18 Jan: KEADILAN gesa Tun Dr Mahathir Mohamad segera disiasat atas dakwaan menjual kedaulatan negara dengan memberi kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah.
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan mantan Perdana Menteri itu mengkhianati rakyat dan negara hanya untuk memastikan Umno BN kekal di negeri itu.
“Saya tetap dengan seruan bahawa Dr Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan negara kerana mengizinkan projek haram (IC) ini,” katanya pada kenyataan.
Azmin berkata, percubaan Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam isu projek IC yang disifatkannya kotor adalah keji dan hina.
“Kenyataan terkini Mahathir untuk membersihkan diri daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggungjawab,” tegasnya.
Beliau berkata, Mahathir cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan IC yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi, semasa beliau memegang tampuk kuasa dengan pemberian kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia pada era Tunku.
“Mahathir berterusan menghina akal kita dengan menganggap rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah, dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita,” kata Azmin.
“Mahathir harus hentikan dolak-dalik yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama ini,” katanya.
Jelas Azmin, projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Pilihan Raya Umum 1994.
Oleh itu katanya, Mahathir harus hentikan pura-pura tentang kewujudan pemberian IC kepada pendatang untuk tujuan undi.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913