Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pilihan raya 2013 tidak mudah bagi Pakatan

$
0
0
Penganalisis dan ahli politik pembangkang yakin PR akan mendapat undi besar daripada pengundi kali pertama akan tetapi hasil kajian mencadangkan pertempuran lebih hebat daripada yang dijangkakan. — Gambar AFP
KUALA LUMPUR, 19 Jan — Dalam keadaan sekarang, undi pengundi baru berpecah menurut kaji selidik terbaru Merdeka Center yang menunjukkan separuh pengundi kali pertama menyokong Datuk Seri Najib Razak, bertentangan dengan persepsi pengundi kali pertama berkemungkinan besar menyokong Pakatan Rakyat (PR). Hampir satu daripada dua rakyat Malaysia yang di tinjau di antara November dan Disember dalam kajian “Pandangan Umum Pengundi Kali Pertama” mengatakan mereka gembira dengan pencapaian perdana menteri walaupun hanya empat daripada 10 mengatakan mereka berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak Najib mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.
Penemuan terbaru kelihatan menyokong kajian awal pengumpul suara bebas itu mengenai penilaian awam kepada parti pemerintah ketinggalan belakang pemimpin BN itu walaupun dengan pemberian wang tunai, pembaharuan ekonomi dan undang-undang yang diperkenalkan sejak empat tahun lalu.
Populariti Najib bantu BN
Firma penyelidikan bebas menemubual 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas mendapati, Najib paling popular di kalangan kaum India pada 64 peratus berbanding enam daripada 10 Melayu dan paling rendah di kalangan kaum Cina, dengan enam daripada 10 mengatakan mereka kecewa dengan PM.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913