Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Siar manifesto PRU: 'Ada masa, ada syarat' - RTM

$
0
0
KUALA LUMPUR - Parti-parti politik yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengemukakan permohonan jika mahu manifesto masing-masing disiarkan menerusi stesen televisyen kendalian  Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ia antara syarat ditetapkan dalam garis panduan siaran manifesto.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, anggota Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN) akan diberi hak yang sama untuk menjelaskan manifesto masing-masing.

"Kita akan bagi (mengetengahkan manifesto). Apabila Parlimen sudah dibubarkan, dia (pembangkang) nak jelaskan manifesto, minta pada kita. Kita bagi, tak ada masalah.
"Kalau BN kita bagi sebanyak ini, Pakatan pun kita bagi," kata beliau Media Screening RTM, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913