
KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri berhasrat untuk membawa isu penstrukturan semula industri air di Selangor ke mahkamah sekiranya ia masih belum menemui jalan penyelesaian.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu mungkin akan dilakukan untuk membuat semakan kehakiman jika Kerajaan Pusat masih berdolak-dalik dalam isu tersebut.
“Saya akan tulis surat (kepada Kerajaan Pusat berhubung hasrat menjalankan penyusunan semula industri air),” katanya selepas menghadiri Majlis Dialog Industri, di sini, semalam.
Hadir sama, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah air di Selangor. Abdul Khalid berkata, pihaknya kini menghantar pegawai pakar untuk membantu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi memastikan operasi air dapat diuruskan dengan betul.
Read More / Baca Lagi >>