Setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma bila dan di mana malaikat Izrail akan mengambil n
yawa
kita masih menjadi rahsia yang tidak sesiapa pun ketahui kecuali ALLAH
SWT. Namun, kita sering mendengar tentang sakaratulmaut dan husnul
khatimah apabila kematian dibahaskan.
Apa yang dimaksudkan dengan kalimah tersebut?
Jawapan: Sebelum berangkat ke alam barzakh untuk menuju akhirat yang kekal abadi, kita akan mengalami situasi yang disebut sakaratulmaut. Secara harfiah, kalimah ini bermaksud ‘mabuk menghadapi maut’ yang sangat dahsyat. Saat kematian ini berkait rapat dengan proses perpisahan roh dari jasad kita yang membawa kepada kematian. Syeikh Abdul Latif Musytahary (1996), menjelaskan bahawa kematian adalah bercerainya roh dari tubuh seseorang insan.
ALLAH SWT menerangkan lagi betapa ngerinya sakaratulmaut bagi mereka yang bergelumang dengan maksiat dan kezaliman dalam firman-NYA: “...alangkah dahsyatnya jika engkau melihat waktu orang zalim berada dalam tekanan sakaratulmaut, sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan (memukul dan menyeksa orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): “Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri), pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap ALLAH dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keterangan-NYA.” (Surah al-An’am : 93)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya nyawa orang mukmin itu keluar sebagai keringat manakala nyawa orang kafir pula dicabut seperti nyawa keldai. Orang mukmin yang melakukan dosa, lalu dibalas dengan dahsyat sewaktu kematiannya untuk menghapuskan dosa daripadanya. Orang kafir yang melakukan kebaikan akan dimudahkan baginya pada saat menghadapi maut untuk membalasnya.” (Riwayat Abu Na’im)
Read More / Baca Lagi >>