PERMATANG PAUH - Jika pemberian kerakyatan Malaysia kepada pendatang
asing di Sabah menjadi isu sehingga ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) bagi menanganinya, adalah wajar langkah sama diambil untuk
menyiasat pemberian satu juta kerakyatan kepada orang asing pada
peringkat awal kemerdekaan negara.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membuat saranan itu berkata, jika pemberian kerakyatan kepada kira-kira 200,000 pendatang asing di Sabah dianggap besar, perkara sama perlu dilihat semula kerana pemberian satu juta kerakyatan juga adalah "isu besar."
Beliau berharap perkara itu boleh dipertimbangkan kerajaan kerana sesetengah daripadanya mungkin tidak layak mendapat taraf berkenaan.
“Sebenarnya pendatang di Sabah sudah tinggal lama di negeri itu, ada yang melebihi puluhan tahun. Mereka bercakap dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
“Jadi mereka memang layak diberi kerakyatan atau warga Malaysia kerana memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Malayu Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>