Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM),
Bawani KS menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab
terhadap penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai
satu 'brainwash'.
Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini
petang semalam, Bawani (kanan) turut mempersoalkan mengapa kehadiran
mahasiswa diwajibkan khususnya penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton,
sekiranya universiti menyatakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan
forum itu.
"Kalau tak ada kaitan, ramai pelajar diminta hadir dalam program itu. Kalau tidak hadir, akan dibuang kolej dan sebagainya... Ramai pelajar Proton menyatakan kekecewaan, kerana terpaksa hadir.
"Kalau bukan program universiti, kenapa perlu diwajibkan," kata Bawani sambil menambah ada mendengar bahawa pelajar kolej lain turut diwajibkan hadir tetapi tidak pasti kolej kediaman tersebut.
Bawani mengulas kenyataan Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada Bawani.
Dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina berkata, Mohamed Mustafa berkata universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.
Manakala laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.
Read More / Baca Lagi >>