Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Lagi projek runding terus UMNO/BN kepada kroni

$
0
0
KUALA LUMPUR, 20 JAN: Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai pemberian kontrak bernilai RM23 juta secara runding terus kepada syarikat milik pemimpin UMNO untuk melatih guru pendidikan jasmani (PJ).
Pakar Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata beliau pertikai kerana kontrak itu diberi melalui rundingan terus kepada sebuah syarikat yang ditubuh pada 2008 untuk menceburi perniagaan dalam peralatan sukan dan pasaran produk di Malaysia.
“Kami juga pertikai keputusan melantik sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) berasaskan kaedah pengajaran eksklusif secara jarak jauh dan pembelajaran dalam talian. Kolej sedemikian pasti tidak mempunyai fakulti pengajaran dan sumber mencukupi untuk menyampaikan program pengajaran secara bersemuka, terutama bagi 1,000 guru yang sepatutnya mendaftar dalam program itu berbanding anggaran semasa pelajar di USSA adalah kurang daripada 600 orang.
“Walaupun berniat baik menyediakan latihan semula untuk guru PJ, terutama mereka yang tidak berkelayakan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Dr Ong berkata, pada 17 Januari lalu, Muhyiddin dianugerahkan Doktor Kehormat oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA), yang berpusat di Daphne, Alabama, atas usaha beliau “untuk meningkatkan pendidikan fizikal untuk membantu dalam pembinaan sebuah negara “melalui inisiatif “Satu pelajar – Satu Sukan”.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913