Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Perang mulut bekas polis ganggu tumpuan memerangi jenayah, kata ahli parlimen

$
0
0
KUALA LUMPUR, 11 Dis — Perang mulut berterusan di kalangan bekas pegawai tertinggi polis serta cerita penyalahgunaan kuasa dan hubungan jenayah boleh mengganggu tumpuan badan penguatkuasaan tersebut dari tugasnya, kata beberapa penggubal undang-undang, sambil memberi amaran ini boleh mengakibatkan peningkatan kadar jenayah.
Kata mereka, badan penguatkuasaan negara kini terlalu sibuk mempertahankan diri mereka daripada cerita yang keluar dari dari peperangan mulut di antara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuff daripada memerangi jenayah.
Dr Dzulkefly: “Perang terhadap jenayah dilupakan.” — Gambar fail
“Ketepikan kepentingan masing-masing... saya bimbang, benar-benar bimbang,” kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, kepada The Malaysian Insider. “Dulu anda berada di atas dan anda bertindak seperti ini ... apa yang anda harapkan daripada orang bawahan?
“Memandangkan keadaan ini, semua orang akan mengambil kesempatan. Perang terhadap jenayah dilupakan dan ini adalah amat dikesali.”
Ramli, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), berulang kali mendakwa Musa mempunyai hubungan rapat dengan sindiket bawah tanah Cina semasa berkhidmat sebagai ketua polis Johor.
Sebaliknya Musa mendakwa menteri Kabinet campurtangan dalam operasi penyiasatan polis dan menafikan dakwaan pengkritiknya itu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913