Sheikh Hamad (dua, kiri) bersama Mahmoud Abbas dan Nabil Al Arabi (dua, kanan) bermesyuarat di Doha, Qatar kelmarin.
DOHA - Jawatankuasa Menteri Liga Arab Mengenai Krisis Syria mendesak
Presiden Syria, Bashar Al Assad berundur bagi memudahkan peralihan
kuasa sekali gus menghentikan konflik yang berlanjutan lebih 21 bulan.
Dalam kenyataan selepas mesyuarat kelmarin yang dipengerusikan Perdana
Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Hamad Jassem bin Jabor Al
Thani berkata, kemerosotan berterusan memberi kesan terhadap masa depan
Syria, rakyat dan integriti wilayah tersebut.