Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

SPRM sahkan Deepak minta beri keterangan esok

$
0
0
KUALA LUMPUR, 22 Jan —  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan karpet Deepak Jaikishan telah menghubungi mereka untuk sekali lagi menangguhkan sesi memberikan keterangan pada hari ini ke esok hari tanpa memberikan sebarang alasan terhadap perkara tersebut. Deepak dijadualkan memberi keterangannya pada hari ini selepas Jumaat lalu SPRM mengarahkan beliau untuk menyerahkan semua dokumen dan bukti melibatkan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua oleh P Balasubramaniam bagi mereka meneliti dan membuat siasatan.
"Tidak, saya tidak akan hadir di SPRM hari ini... saya telah hubungi mereka jam 4 petang tadi untuk memberitahu mereka," kata Deepak (gambar) dalam satu pesanan khidmat ringkas kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, seorang pegawai perhubungan SPRM mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Deepak telahpun memaklumkan kepada mereka untuk menangguhkan pertemuan ke esok hari.
"Ya, Deepak ada hubungi SPRM untuk maklumkan. Dia minta datang esok hari," kata pegawai SPRM yang enggan dikenali.
Jumaat minggu lalu, Deepak yang ditemui menyatakan telah diarahkan oleh SPRM untuk menyerahkan beberapa bentuk dokumen perjanjian dan juga kewangan yang melibatkan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua P Balasubramaniam.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913