Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Apa istimewa Deepak dapat pinjaman tanpa faedah?

$
0
0
PULAU PINANG 2 JUN: KEADILAN mempersoalkan apakah keistimewaan ahli perniagaan yang rapat dengan perdana menteri, Deepak Jaikishan dibenarkan mendapat pinjaman RM32 juta tanpa faedah.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sedangkan pelajar terpaksa meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan dikenakan faedah.
“Pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN dikenakan faedah sebanyak 4 peratus. Jika tak bayar akan disenarai hitamkan.
“Deepak yang berhutang dengan Bank Rakyat pula tidak dikenakan apa-apa faedah walaupun pinjaman RM32 juta yang mahu dibayar selama 10 tahun, lebih banyak daripada seorang pelajar yang berhutang PTPTN,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian mengulas isu pinjaman tanpa faedah oleh Bank Rakyat kepada ahli perniagaan itu, seperti mana didedahkan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik baru-baru ini.
“Kenapa ada perbezaan besar skim pinjaman bank dalam negara ini jika dibezakan antara rakyat biasa dengan Deepak?
“Apa istimewanya Deepak dengan peminjam lain yang meminjam di Bank Rakyat,” soal Saifuddin semasa berucap di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang dalam program ceramah isu semasa ‘kebangkitan reformasi 2.0′, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913