
Malaysiakini difahamkan bahawa peletakan jawatan berpunca daripada perbezaan pendapat antara pihak editorial dan pengurusan tingginya berkaitan pelbagai isu.
Sumber-sumber mendakwa bahawa lebih 10 editor dan wartawan akan akan berhenti, meninggalkan hanya tiga hingga empat kakitangan untuk mengendalikan portal tersebut.
Ia juga didakwa bahawa pihak pengurusan tidak membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangannya selama beberapa bulan.
Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata pihak pengurusan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>