Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

FOMCA: Kerajaan patut atasi masalah kekurangan minyak masak, tepung gandum

$
0
0
fomca-beliblahSHAH ALAM 2 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa menyiasat dan menyelesaikan isu kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum yang didakwa berlaku di utara Semenanjung.
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu berkata setakat ini tiada aduan diterima mengenai masalah kekurangan bekalan bahan berkenaan di negeri-negeri lain.
“Pihak KPDNKK kena siasat dengan segera dan bagi maklumat terperinci kenapa perkara ini berlaku.
“Tiba-tiba cerita ini meletup sedangkan di negeri lain tidak ada masalah bekalan kedua-dua barangan keperluan itu,” katanya hari ini dipetik Bernama.
Pengguna di Kedah kini berdepan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu sejak minggu lepas.
Media melaporkan harga barangan itu di Pasar Besar Alor Setar mendapati minyak masak dijual RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini manakala tepung gandum pula RM1.35 sebelum ini meningkat kepada RM1.80 sekilogram.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913