Tan Sri Abdul Aziz Yusof KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak bercadang untuk menasihatkan Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah untuk meletakkan jawatan ekoran penglibatannya dalam parti politik dan turut memegang jawatan penting dalam organisasi berkenaan.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa pegawai-pegawai tidak boleh aktif dalam parti politik dan memegang jawatan.

Sehubungan itu kata Aziz, pihaknya akan mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut garis panduan dan perundangan yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
"Kita kena lihat lah apa sebenarnya (kes ini). Kita kena lihat betul-betul, jangan silap ambil tindakan kepada pegawai kerajaan, dia boleh bawa kita ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dewan Pemuda Pas Pusat semalam memberikan kata dua kepada Ketua Penerangan Umno Kinabatangan yang juga seorang pegawai SPR, Aksyah Nasrah untuk memilih sama ada meneruskan khidmat sebagai pegawai SPR atau mengekalkan jawatan dalam Umno.

"Bagaimana SPR boleh bagi jaminan dia boleh melakukan tugas secara profesional?