WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat (AS) dengan rasmi mengiktiraf pembangkang Syria sebagai perwakilan yang sah rakyat negara itu, yang berhadapan dengan krisis berlarutan hampir dua tahun.

"Kami telah membuat keputusan bahawa pakatan pembangkang Syria sudah cukup inklusif, mencerminkan dan mewakili rakyat Syria, yang kami anggap sebagai perwakilan yang sah rakyat Syria," kata beliau kepada ABC News.

Pendirian itu dilihat sebagai suntikan psikologi yang cukup besar bagi kumpulan yang menentang kepimpinan Presiden Bashar al-Assad sejak awal tahun lalu.

Obama juga menyifatkan pendirian yang dibuat  United Kingdom dan Kesatuan Eropah beberapa hari yang lalu sebagai satu langkah besar ke depan.