
Ibu Manimaran K.Manimagalay — Gambar fail
"Selepas berbincang dengan Superintendan Mokhtar dan ACP Ramli, polis menolak post-mortem kedua, dan untuk mengubah status siasatan kepada kes bunuh. Polis masih mahu mengadakan inkues.
"Ini jelas satu tindakan yang mahu menutup kebenaran dan melindungi pembunuh," kata Surendran dalam sidang media selepas perbincangan dengan pihak polis di Bukit Aman hari ini.
Sebelum itu 50 penyokong keluarga Sugumaran berhimpun sejak 10 pagi menuntut polis benarkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas kematian beliau.
Menurut Surendran, pihak keluarga mahukan penjelasan dari pihak polis mengenai kejadian tersebut, tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga empat jam sebelum mereka dibenarkan masuk ke Bukit Aman.
"Mereka menuntut supaya wakil Ketua Polis Negara untuk turun ke bawah, tetapi polis enggan, dan mereka mahu 20 orang, yang terdiri daripada peguam, saksi dan ahli keluarga, tetapi polis hanya membenarkan lima orang ke dalam Bukit Aman," kata naib presiden PKR itu.