KUALA LUMPUR, 29 JAN: Sikap bermuka-muka Peguam Negara, Tan Sri Abdul
Gani Patail terhadap Perkasa yang menyeru untuk membakar Bible dan
kegagalannya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)
menunjukkan Abdul Gani tidak boleh dipercayai termasuk rentetan laporan
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di
Sabah.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Abdul Gani pilih kasih dan membidas sikap Peguam Negara itu yang takut untuk bertindak terhadap pemimpin BN, kroni atau penyokong mereka.
“Contoh yang paling jelas, Abdul Gani takut mengambil tindakan terhadap Perkasa dan memberi alasan yang tidak masuk akal bahawa belum ada Bible yang dibakar, dan hanya akan bertindak setelah ada Bible yang dibakar!
“Pada masa yang sama, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak ke atas Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh atas dakwaan hasutan,” jelas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
“Bukan setakat itu, Abdul Gani juga membuktikan kegagalannya apabila gagal menyelesaikan kes kematian ngeri pengawal keselamatan, C Sugumaran dalam keadaan tangan digari,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>