Setelah penderitaan pelawak dan artis veteran tanah air, Yahya Sulong disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk media sosial, Pakatan Rakyat pantas menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau dan isterinya, Alisah Ali.
Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial bergambar yang semakin popular, Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga ini.
Selain Tian, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji akan meminta Kerajaan Selangor membantu menyelesaikan segala permasalahan Yahya sekeluarga.
Tian yang menziarahi Yahya dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dalam parlimen Batu semalam memberitahu, Pejabat ahli parlimen Batu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sambil Wanita KEADILAN melalui Biro Kebajikan Artis yang diketuai penyanyi tanah air, Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu.Read More / Baca Lagi >>