Akhirnya kerana terlajak menghentam bekas Presiden BJ Habibie, seluruh media Indonesia mengecam keras di atas berita yang dikeluarkan Utusan Malaysia. Lanjutan daripada itu pula, pautan berita yang menyebut bekas Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga menimbulkan polemik antarabangsa itu hilang dari laman web Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).
Pada malam semalam, halaman yang sebelumnya berisi tulisan tajuk rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" menjadi broken link.
Habibie pengkhianat
Polemik yang membawa-bawa nama Habibie bermula dari kunjungan bekas presiden Indonesia tersebut ke Universiti Selangor baru-baru ini sebagai tamu kehormatan ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Kunjungan tersebut seterusnya diulas oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin, menerusi tulisan tajuk rencana di media Utusan Malaysia, pada hari Isnin.
Tulisan tersebut dianggap kontroversi kerana menyebut BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa Indonesia setelah membiarkan Timor Timur pisah dari Indonesia. Malah, Zainudin melabelkan Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai sama-sama "The Dog of Imperialism".
Read More / Baca Lagi >>