Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tahrir Square sekali lagi?

$
0
0
Oleh Mujahid Yusof Rawa
Gelombang belum berakhir
Memang pelik apabila kita mengkaji sejarah revolusi rakyat kerana satu perkara yang pasti ialah peristiwa post-revolusi diwarnai dengan ketidakpastian dan ketidakstabilan. Walaupun revolusi rakyat itu sendiri disokong oleh semua pihak secara pastinya tetapi ia tidak bermakna semua pihak bersetuju cara mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh regim diktator sebelumnya.

Oleh itu, sebelum sesuatu kebangkitan itu benar-benar berjumpa penghujungnya secara nisbi, gelombang demi gelombang akan melanda sesebuah kebangkitan rakyat. Seperti halnya di Mesir dan lain-lain negara Arab yang melalui revolusi rakyat,rantau ini dijangka akan terus bergolak mencari identiti barunya sehingga tujuan utama revolusi itu tercapai. Urusan post-revolusi
Di Mesir gelombang selepas revolusi belum reda, ini adalah kerana kekosongan yang ditinggalkan selepas Mubarak masih bergelora dengan berbagai perkembangan baru. Malang bagi Mursi kerana ia menjadi Presiden pertama Mesir era selepas Mubarak. Saya berkata “malang” kerana sesiapa sahaja yang memegang jawatan tertinggi itu akan mengalami nasib yang sama seperti Mursi. Mursi terpaksa berhadapan dengan saki baki regim lama, isu perundangan yang belum selesai dan penentangan pembangkang yang mahukan habuannya dalam revolusi ini. Dari segi lain pula ialah memulihkan ekonomi dan memantapkan institusi sosial-budaya yang akan membentuk celupan masadepan Mesir. Dua dimensi ini akan membuat sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin masa itu tertekan antara menyempurnakan kehendak revolusi dan memulihkan negara.
Keunikan revolusi Mesir
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913