Barisan Nasional (BN) terpaksa melakukan perang saraf terakhir
membentuk persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
yang dijangka akan diadakan dalam masa dua atau tiga minggu lagi.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri di Pulau Pinang 11 Februari ini, BN mengadakan persembahan Psy dan Gangnam Style dari Korea Selatan bagi memulihkan popularitinya di kalangan pengundi Cina yang menjunam teruk daripada 17% kepada 6% dalam tempoh 10 bulan iaitu antara Februari dan Disember tahun lalu.
Katanya, dalam enam undian dilakukan tahun lalu, pengundi Cina yang “gembira” dengan Kerajaan BN terus jatuh menjunam daripada 17% pada Februari hingga 19% pada April, 18% pada Mei, 13% pada Jun, 19% pada Oktober menjunam kepada 6% pada Disember lalu.
“Secara secara keseluruhannya, hanya 45 peratus pengundi daripada semua kaum yang ditinjau pada Disember “gembira” dengan persepsi mereka terhadap BN berbanding dengan 48 peratus pada Februari dan 51 peratus pada April,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 63 Hari ke PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ini sebabnya mengapa BN sanggup menghabiskan berjuta ringgit untuk mengadakan persembahan Psy dan Gangnam Style pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, 11 Februari ini.
Read More / Baca Lagi >>