Maka,
dengan sedemikian omong-omongan bahawa artis K-Pop akan mengadakan
persembahan di Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau
Pinang minggu depan. PSY, bintang yang menyerlah dengan fenomena Oppa
Gang Nam Style, dikhabarkan telah dijemput atas tiket Barisan Nasional.
Rata-rata masyarakat sama ada mereka yang berparti atau non-parti
sudah mula menunjukkan kejelekan mereka kepada pemerintah, iaitu
kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sentimen begini membuktikan betapa
Najib Razak tidak digemari lagi. Alangkah, jemputan bintang pop
terkemuka Korea, PSY, sebagai ‘sagu-hati’ pun sudah lunak menampakkan
sisi-sisi marah mereka.
Rakyat mengerti, tugas untuk menjemput penyanyi terkemuka, seperti dalam kes PSY bukan tanggungjawab kerajaan. Itu pilihan yang ditentukan pada permintaan pada pasaran. Kerajaan tidak perlu terlibat untuk memilih dan memaksa konsert apa, artis apa yang dimahukan rakyat Malaysia.
Memang ada ‘bijak pandai’ BN yang mengatakan konsert itu ditanggung oleh syarikat swasta. Tapi itu cakap saja. Rakyat akan hanya percaya jika didedahkan dokumen atau penyata akaun sebenar. Siapa sebenarnya yang menaja konsert bernilai jutaan ringgit itu?
Lantaran, inilah yang dinamakan sebagai penyakit PSYkologi pemerintah. Atas kerana desakan yang kuat untuk kalah, mereka menggunakan seluruh mekanisme yang ada untuk kembali memancing undi. Namun, dalam suasana yang sekejap sahaja. Kesannya begitu ketara. Rakyat tidak lagi termakan dengan kempen murahan memungut undi dengan strategi begini.
Bila pemerintah kuku besi jatuh terguling
Penyakit pskilogi ini adalah rentetan yang telah terjadi di kebanyakan rejim-rejim autoritarian yang lain. Sebelum kejatuhan Shah-Reza Pahlevi di Iran, terutamanya pada detik-detik awal revolusi besar melanda – kepemimpinan monarki Parsi itu sedaya upaya merasuah golongan pemuda-pemudi untuk menyokong pimpinan beliau. Tetapi, dek kemarahan rakyat Iran akan penindasan serta meluat pada sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk sejak bertahun-tahun, tawaran demikian bukan lagi sesuatu yang lumayan. Akhirnya, kemuncak revolusi pada 11 Februari 1979 menyaksikan Shah Iran ditumbangkan.
Begitu juga al-kisahnya di Indonesia menjelang Reformasi 1998. Suharto sebelum disingkirkan kelam-kabut mahu memulakan agenda reformasi pemerintahan Orde Baru yang melibatkan penstrukturan semula institusi, dasar ekonomi dan sosial – kerana takutkan desakan perobahan.
Menurut pengkaji politik, William Case di dalam ‘Politics of Southeast Asia’ (2002), kegagalan sebenar Suharto untuk mempertahankan kuasa beliau disebabkan gagalnya pemerintahan beliau meyakinkan semua golongan masyarakat di Indonesia. Terutama, golongan kelas-pertengahan dan kelas pekerja yang menerima implikasi pemerintahan tirani beliau. Penyakit psikologi kini menjangkiti jentera Najib dan Barisan Nasional menjelang pilihanraya.
Tanda-tanda berakhirnya era BN