Oleh Ahmad Lutfi Othman
Majoriti rakyat Malaysia amat mendambakan perubahan. Dan hasrat itu tidak boleh ditangguh lagi. Menunggu lebih lama hanya me
mburukkan
situasi, menyeret negara ke kancah kemusnahan dan menyukarkan usaha
pembaharuan nanti, selain memakan kos lebih mahal.
Satu demi satu masalah bertindan-timbun. Negara dikepung krisis dan konflik. Pemimpin lebih memikirkan soal kepentingan diri, kelompok, kroni dan suku-sakat.
Kalau ada pun perubahan, ia semata-mata demi meraih simpati dan sokongan politik. Segalanya kosmetik. Misalnya, pemberian bantuan 'one-off' yang dipopularkan Najib Razak, mungkin difaktorkan janji-janji Pakatan Rakyat sendiri, melalui Buku Jingga.
Susun semula ekonomi
Dr Mohamad Agus Yusof pernah mengulas: "Tawaran mana-mana parti berbentuk 'one-off' hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat. Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat. Saya harap selepas PRU13, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada kepada rakyat mahupun ekonomi negara."
Sebenarnya tsunami politik lima tahun lalu, yang hampir mengheret BN ke posisi pembangkang, langsung tidak pernah memberi iktibar kepada pemimpinnya, malah rakyat terus disogok dengan "rasuah yang dihalalkan undang-undang". Isu integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN yang begitu menarik perhatian pengundi tidak pula dipandang penting pemerintah. Hutang negara berlipatganda. Kebajikan masyarakat bawahan dijadikan komoditi untuk mendapatkan undi.
Korupsi dan salahguna kuasa bermaharajalela. Khazanah kekayaan negara dipunggah rakus. Jurang kaya miskin melebar. Terbina kebangsawanan baru, menghidupkan fenomena antara dua darjat. Keselamatan keluarga juga terancam.
Demi survival kuasa, elit pemerintah Umno-BN sanggup memainkan emosi bahaya perkauman. Untuk mempertahankan takhta, sentimen agama yang sempit berterusan dibakar. Mereka langsung tidak hiraukan keharmonian dan kesentosaan bakal terjejas, asalkan dapat terus berkuasa. Peliknya, pada masa sama. Menteri Dalam Negeri menuduh Pakatan yang menjolok emosi perkauman.
Cukup menggerunkan
Keberanian rakyat untuk menggerakkan perubahan cukup menggerunkan pemimpin korup dan curang. Mungkin ramai di antaranya yang tidak dapat lena tidur mengenangkan nasib kehilangan kuasa. Bagi pemimpin yang selama ini tamak"merampok" wang rakyat, mungkin sentiasa diasak mimpi ngeri dikejar dosa sendiri.
Read More / Baca Lagi >>