Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Skop kerja sukarelawan pemerhati pilihan raya umum ke-13

Oleh Amin Ahmad
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Dari semasa ke semasa kantung emel saya sudah mula dipenuhi oleh pertanyaan dan permohonan untuk menjadi pemerhati pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Antara soalan yang sering ditanyakan ialah apakah skop kerja sebagai sukarelawan pemerhati PRU-13 nanti?

Sebenarnya tugas pemerhatian pilihan raya cukup banyak. Sebahagiannya telah dinyatakan di dalam tulisan-tulisan sebelum ini (capaiannya boleh dirujuk di laman web IDEAS  atau laman Facebook PEMERHATI).
Menyelidik, memerhati, merekod dan melapor proses dan perjalanan PRU-13
Secara umumnya, skop kerja PEMERHATI ialah menyelidik, memerhati, merekod dan melaporkan proses dan perjalanan pilihan raya. Pemerhatian akan dibuat bukan sahaja kepada pemimpin, calon atau penyokong parti politik, ia turut mencakupi badan eksekutif, orang ramai malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga.
1) Institusi awam yang berkecuali
Selepas pembubaran dewan, peranan ahli politik yang memegang jawatan eksekutif adalah minima. Justeru penggunaan kemudahan dan peranan kakitangan awam dalam aktiviti bersifat kempen akan diperhatikan.
Agak malang jika kita gagal membezakan antara parti politik dan kerajaan. Kegagalan memisahkan kedua-dua entiti ini memberi ruang untuk kemungkinan salah laku berlaku. PEMERHATI akan merekodkan jika ada jentera atau kakitangan awam terlibat dalam kempen semasa bertugas.
2) Daftar pemilih
Kita mungkin telah mendengar banyak pertikaian berkenaan daftar pemilih. Selain peranan SPR, orang ramai wajar menyemak jika alamat tempat tinggal mereka terdapat nama-nama yang tidak dikenali. Orang ramai boleh membuat pilihan untuk melaporkan kepada SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Polis. Orang ramai juga boleh membuat laporan beserta bukti kepada PEMERHATI.
Jika PRU-13 diadakan selepas bulan Mac 2013, kemungkinan daftar pemilih tambahan bagi pengundi yang mendaftar antara Januari 2013 dan Mac 2013 akan dipamerkan. PEMERHATI akan merekodkan proses ini jika ia berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913