KUASA besar dunia suatu ketika dulu, Kesatuan Soviet (USSR) tumbang selepas presiden terakhirnya, Mikhail Gorbachev memperkenalkan rancangan pembaharuan yang dinamakan ‘perestroika’ dan ‘glasnost’ pada akhir 1990-an.
Pembaharuan inilah yang akhirnya menyebabkan Gorbachev sendiri tersingkir daripada jawatan presiden dan membuka laluan kepada kewujudan 15 negara baru termasuk Rusia yang dipimpin Presiden Boris Yeltsin (sudah mati) pada 1991. Apakah rancangan pembaharuan Gorbachev itu? Antaranya ialah membuka pintu SovietUnion kepada dunia Barat. Kesatuan Soviet akhirnya terdedah kepada ketidak-tentuan yang membawa kepada kemerdekaan republik-republik dalamnya dan akhirnya jawatan Gorbachev sendiri tercabar dan akhirnya beliau terpaksa menyerahkan jawatan kepada Yeltsin.
Di negara kita pula, Umno-BN pimpinan Najib Razak yang terdesak untuk melakukan pembaharuan semakin tersepit dengan parti-parti komponen berasaskan perkauman semakin disisihkan rakyat, bertindak melaksanakan pelbagai program transformasi termasuk dari segi politik.
Bercakap mengenai kuasa; jika SovietUnion yang perkasa itu akhirnya tumbang, di tanah air kita, apalah sangat dengan Umno-BN yang dianggap sesetengah pihak terlalu kebal untuk terlerai daripada kuasa.
Komunis Soviet yang melakukan penindasan paling dahsyat ke atas rakyat pun hanya mampu bertahan 70 tahun; tidakkah ia menunjukkan bahawa Umno yang mendominasi kuasa lebih 55 tahun juga berada dalam kedudukan sangat genting? Kata orang jika Tembok Berlin di Jerman pun boleh runtuh, apalah sangat ‘tembok perkauman’ Umno-BN?
Read More / Baca Lagi >>