KUALA
LUMPUR, 19 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir berkata beliau
tidak bersetuju dituduh berbohong apabila memberi keterangan mengenai
perbicaraan penipuan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik
mengenai pembelian tanah Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ketua pendakwaraya Datuk Tun Majid Tun Hamzah menyoal Dr Mahathir
berkenaan kenyataan bercanggah penggunaan perkataan "harga tunai" dan "harga kontrak" apabila menerangkan harga RM25 per kaki persegi (psf)
untuk harga tanah PKFZ.
Tun Majid berkata tidak perlu jadi seorang akauntan, peguam atau
doktor untuk memahami perkataan "tunai", berkata pelajar sekolah pun
tahu maksud "tunai", sebelum mengatakan Dr Mahathir "tidak bercakap
benar".
"Maafkan saya, saya bercakap benar. Saya bercakap demikian kerana saya tidak faham perkataan-perkataan itu," kata Dr Mahathir.