Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Bo La Weii : Permohonan bantuan bekas tentera ditolak JHEV

$
0
0

21 Februari 2013
Bantuan bekas tentera ditolak
Sebahagian anggota tentera yang tidak menerima sumbangan SVTB1M walaupun sudah mengisi borang dan mengharapkan permohonan mereka dipertimbangkan.
 
KOTA BHARU - Lebih 10 bekas tentera merayu Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mempertimbangkan kelayakan mereka untuk menerima Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) RM1,000, memandangkan mereka layak menerima bantuan berkenaan namun permohonan ditolak tanpa sebab munasabah.     

Golong terbabit mengharapkan bantuan itu, dapat disegerakan memandangkan ada di antara mereka terpaksa menanggung penyakit kronik termasuk ada yang sudah meninggal dunia.

Pengerusi Tetap Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan, Wan Zin Wan Ahmad berkata, alasan yang diberikan JHEV tidak masuk akal kerana kesemua pesara tentera mempunyai pengenalan diri sebagai bekas tentera dan apa yang lebih mengecewakan ada di antara mereka menerima surat tidak mempunyai rekod perkhidmatan apabila senarai nama disemak di jabatan itu.

“Di Kelantan sendiri, lebih 70,000 bekas tentera mengisi borang untuk mendapatkan bantuan itu, namun ada di antara mereka tidak memperolehinya.

Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913