Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

IDEAS seru rakyat, korporat menyokong pemerhati pilihan raya

$
0
0
Tangkapan skrin laman Pemerhati.my.
KUALA LUMPUR, 21 Feb — Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) menyeru rakyat dan syarikat-syarikat korporat dan agensi-agensi yang sesuai memberikan bantuan kewangan, kerana mereka tidak mendapat apa-apa pembiayaan dana daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Ini merupakan satu tanggungjawab yang amat berat dan penting, terutama kerana kita sedia maklum bahawa pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam jangka masa terdekat," menurut IDEAS dalam satu kenyataan hari ini.
IDEAS turut melancarkan laman web untuk pemantau pilihan raya, www.pemerhati.my dan mensasarkan pemerhatian di 70 kawasan seluruh Semenanjung Malaysia.
IDEAS mensasarkan kerusi-kerusi tersebut kerana dianggap sebagai "panas", serta sedang giat menjalankan jelajah semenanjung Malaysia untuk merekrut dan melatih sukarelawan pemerhati.
Projek ini bersama-sama dengan ASLI Centre for Public Policy Studies, Merdeka Centre, dan Konfederasi Orang Kurang Upaya Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913