Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Anwar beri amaran penjara bagi pemimpin Pakatan yang korup

$
0
0
SUBANG JAYA, 21 Feb — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kepada rakyat Malaysia sekiranya terdapat pemimpin Pakatan Rakyat yang mengamalkan gejala rasuah dan korup, mereka bakal menerima hukuman keras termasuk di penjarakan. Beliau memberi amaran berkenaan kepada semua pemimpin parti, termasuk PKR, PAS, mahupun DAP.
Walaupun PR jelasnya kekurangan pengalaman dalam pentadbiran, mereka tidak akan berjaya menyelesaikan semua masalah pentadbiran peringkat nasional, namun berjanji akan menghapuskan gejala rasuah di peringkat kerajaannya.
"Kita tidak akan mampu menyelesaikan semua masalah pada hari pertama, namun dalam setiap ceramah saya ... saya tidak dapat memberi jaminan untuk menyelesaikan kesemuanya.
"Satu perkara, yang saya pasti akan selesaikan, saya akan hentikan pembolotan kekayaan negara bermula dari hari pertama," katanya (gambar) selepas merasmikan badan pemikir parti berkenaan, Institut Rakyat di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913