Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Bagaimana Agaknya Nasib Mahathir Jika Anwar Jadi PM?

Oleh Shahbudin Husin
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Mahathir bersuara lagi. Terbaru beliau menyatakan bahawa Anwar akan mengamalkan nepotisme dan kronisme jika berjaya menjadi Perdana Menteri. Dengan mengambil contoh isteri dan anak Anwar yang menjadi Presiden dan Naib Presiden PKR serta bekas Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR, Mahathir sekali lagi menyerang Anwar.

Tujuannya tidak lain ialah supaya rakyat tidak memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Anwar tidak berjaya menjadi Perdana Menteri.
Sebelum ini sudah beberapa kali Mahathir bersuara mengenai Anwar dan Pakatan Rakyat. Pantang ada kesempatan, Mahathir pasti melibas musuh politik nombor satunya itu.
Beliau pernah mengingatkan rakyat agar jangan terlalu obses mahu menukar kerajaan kerana katanya kerajaan baru belum tentu menjanjikan kebaikan berbanding BN yang sudah banyak berjasa. Hujahnya ialah negara-negara Arab yang bertukar kerajaan, sebahagiannya masih tidak aman sehingga sekarang.
Mahathir juga pernah mengecam Anwar sebagai pembawa budaya demonstrasi kepada Malaysia. Katanya, sejak dulu Anwar sering menggunakan demonstrasi untuk mencapai cita-cita politiknya. Selain itu, Mahathir juga sering membuat pelbagai dakwaan terhadap Pas, DAP, PKR dan Pakatan Rakyat dengan pelbagai perkara lainnya. Seringnya beliau menjadikan isu kaum dan agama untuk melaga-lagakan parti-parti dalam PR dengan harapan keyakinan rakyat makin berkurangan terhadap gabungan pembangkang itu.
Pendeknya, serangan Mahathir terhadap Anwar dan PR sentiasa bertali arus dan tidak pernah ada kesudahannya. Jika mahu dikumpulkan kecamannya itu, sudah boleh dibuat buku tebal yang memerlukan beberapa hari untuk membacanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913