Sesungguhnya
UMNO/BN amat takut menerima kenyataan bahawa mereka akan kalah dalam PRU 13 kali
ini. Kini mereka panas bontot, dan serba
tak kena, macam cacing kepanasan. Paling tidak pun rimas yang amat sangat ibarat
orang memakai baju yang penuh kemuncup. Namun pasti ada juga diantara mereka
kelihatan monyok dan murung macam lembu korban menunggu saat disembelih!
Kenapa Umno tak senang duduk?. Apa tidaknya,, sesudah 55 tahun mereka lena
dibuai kenikmatan memerintah dengan majoriti 2/3. tiba-tiba semua ini bakal
terlucut, bakal hilang ! Selama ini mereka beraya sakan, mereka enjoy, mereka memerintah negara ini dengan dengan
rakus, sombong dan zalim. Apa saja
mereka boleh buat, terutama rasuah,salahguna
kuasa, menipu dan memperdaya rakyat..
Membolot kekayaan untuk diri sendiri dan kroni usah
cerita lah, itu paling utama. Tetapi lebih malang, mereka sanggup menyedut dan
melenyapkan saham-saham milik bumiputra yang
tak seberapa itu. Begitu juga dengan hak
istimewa orang Melayu dan tanah-tanah rizab Melayu,,Umno peralat untuk
kepentingan diri. Mereka hakis dan kikis
hanya dengan alasan pembangunan.
Read More / Baca Lagi >>