Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Nasihat buat Umno : Jika sendiri ada niat....Jangan tuduh orang lain akan buat huru-hara?

$
0
0

Hari ini Umno begitu takut dengan kebangkitan Pakatan Rakyat/PR yang diketuai DS Anwar Ibrahim,  hinggakan mereka sanggup buat tuduhan kalau pembangkang kalah dalam PRU 13 nanti, Anwar   akan buat huru-hara. Kenapa begitu bodoh?,, lihat dan kajilah sejarah! Bukankah sudah 55 tahun negara ini merdeka dan rakyat hidup aman?  Bukankah sudah 12 kali Malaysia mengadakan PRU dan boleh dikatakan 99% daripadanya pembangkang mengalamai kekalahan,  namun tak pernah pun pembangkang mencetuskan huru-hara!. 

Cuba pertahankan kuasa melalui peristiwa berdarah?  Tun Mahathir bekas PM  banyak kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat  'provokasi jahat' ini. Niat mereka tak ada lain,, kecuali nak menipu dan menakut-nakutkan rakyat. Tidak mustahil Umno memang ada niat untuk melakukannya!  kerana apabila  kacau-bilau berlaku, maka timbullah akta dharurat dan dari situ persoalan agihan kuasa terpaksa dibincang semula dengan mengambilkira banyak aspek.  Inilah yang berlaku seperti selepas peristiwa 13 Mei ’69  apabila Umno kalah teruk dalam pilihanraya. Masih relevankah taktik ini digunapakai oleh Umno lagi?.Tak payahlah!  Rakyat sudah cukup cerdik!  Tuduhan yang melampau dan tidak berasas ini.elok saja dicampak kelubangjamban.     
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913