KUALA LUMPUR: Tawaran manifesto Pakatan Rakyat kini
sedang giat disampaikan kepada rakyat melalui jentera penerangan PAS,
khususnya di parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tumpuan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata jentera parti kini dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat di peringkat akar umbi berkaitan Manifesto Pakatan Rakyat.
Lebih-lebih lagi, katanya selepas manifesto itu mendapat beberapa komen daripada pemimpin Umno yang ternyata bimbang dengan manisfesto yang bersifat baru dan adil untuk semua.
"Secara gerak kerjanya, PAS sudah bergerak secara tuntas sebelum ini lagi. Dengan manifesto ini pula, kita tambah giat lagi dengan penerangan secara berkelompok berkaitannya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau juga berkata penerangan manifesto berbentuk bahan cetakan juga sedang dilakukan bagi memudahkan penerangan kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>