Binatangkan rakyat satu Malaysia
Subky Latif
SAYA diberi borang BRIM 1.0 dulu. Saya layak menerimanya.
Ketika berduyun-duyun menerimanya, saya tidak mengisi borang itu. Ada yang berkata saya bodoh, tolak rezeki.
Tetapi saya terasa malu untuk menerimanya walaupun adalah dalam
lingkungan orang yang boleh mendapatnya. Saya rasa boleh dihina. Tetapi
saya tidak terasa hina dimasukkan dalam katogari orang yang boleh
menerima skim kifalah RM1,000 apabila mati nanti.
Saya tidak kata apa-apa tentang pemberian sekali sekala di ambang PRU
itu kerana ramai orang berpeluang berolah pemberian yang lebih baik
daripada duit zakat fitrah setahun sekali itu. Ada sebab disyariatkan
pemberian zakat fitrah kepada fakir miskin, tetapi apa sebab BRIM itu
diberi di premis umno/BN dan menerima sedikit syarahan dari pemimpin
UMNO yang menyampaikannya.
Tidak seronok dengannya. Naluri jadi begitu.
Sekarang saya dapat jawapan dari kenyataan Mursyidul Am PAS dan MB
Kelantan bahawa pemberian itu dikira Binatangkan Rakyat 1Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>